top of page

Makanan Western vs Asian


​Pernah tak terfikir kenapa makanan barat dan makanan kita di Asia ni berbeza rasanya? Perbezaan tersebut tak perlu disangkal lagi. Sesiapa pun boleh merasainya. Namun, untuk menerangkan kenapa ia berbeza, kita perlu rujuk pakar. Penulis terjumpa artikel DAILYMAIL UK yang menerangkan mengenai perkara ini. Ia berkenaan sesuatu yang disebut “flavor pairing”. Orang barat cenderung untuk menggunakan ramuan-ramuan yang mempunyai rasa yang hampir sama dalam hidangan mereka. Sebaliknya, orang Asia, lebih suka mengelak dari menggunakan ramuan yang mempunyai rasa yang sama dalam satu hidangan. Contohnya, dalam jelatah, jika sudah dimasukkan nenas, kita tak tambah mangga muda misalnya. Sebaliknya kita akan tambah timun sebagai peneutral rasa masam. Gitu...

Sekiranya anda peminat makanan Asia, anda pastinya gemarkan rasa masam, masin, manis, dan pedas secukup dalam masakan-masakan Melayu, Thai, India dan juga Cina. Makanan Thai terkenal dengan rasa masam dan pedasnya. Diregu bersama air sejuk pelbagai rasa manis dan berlemak. Begitu juga dengan masakan Melayu, sama ada dari jenis satu hidangan seperti nasi putih bersama lauk pauk (patin) atau yang ringkas namun penuh dengan pelbagai rasa yang mampu merembeskan air liur hanya dengan mendengar namanya seperti laksa/mee rebus/nasi goreng.

Sesekali, terasa juga nak tukar selera, kan? Makanan barat biasanya menjadi pilihan. Sekarang, terdapat banyak pilihan sekiranya teringin makanan barat seperti stik, pasta, dan sebagainya. Food truck banyak menawarkan menu-menu barat seperti ini. Namun begitu, sekiranya terasa nak nikmati juadah tersebut dengan tenang dan ‘feeling western’ sebenarnya, terdapat banyak restoran selesa dengan harga yang berpatutan.

Walaubagaimanapun, sekarang ni, sudah menjadi ‘trending’ gabungan hidangan barat dimelayukan dan sebaliknya. Makanan-makanan ini pula mudah didapati baik di gerai-gerai penjaja mahupun restoran selesa berhawa dingin. Malahan restoran-restoran makanan segera juga mempromosikan pelbagai menu istimewa hasil gabungan barat dan Asia. Ada yang mendapat sambutan hebat. Tak kurang yang sepi dan sendu. Apapun, ia bergantung kepada citarasa pembeli.

Akhir kata, selamat menjamu selera!

Article by Cik Seri (seridewi@live.com)

Photos by AZHARIYUSOF PHOTOGRAPHY

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

Instagram Feed

@ 2016 Azhari Yusof. Proudly created with Wix.com

Email: azhariyusof@hotmail.com

Tel: +6011 5952 3228

© Copyright AzhariYusof Photography
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page