Best jadi Food Photograper, selalu boleh makan sedap-sedap

"Waaah... Best la dapat makan..."
"Seronok tu.. kenyang la..."
"Mesti best dapat rasa macam-macam makanan"
Itu adalah respon yang selalu kami terima bila kami perkenalkan diri sebagai food photographer. Jadi, di sini kami nak menerangkan duduk letak hal sebenar mengenai kerja kami. Penat juga nak explain.
Sebagai seorang food photgrapher, kami bekerja dengan pelbagai jenis dan peringkat makanan. Dari yang masih hidup dan berlari-lari di free range atau yang tumbuh di atas tanah, hingga yang siap untuk dimakan. Dan sememangnya yang terakhir itu la yang terbanyak bilangannya.

Dari pengalaman kami, sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan tradisi mesra tetamu, rata-rata client kami menyediakan "refreshment" untuk kami. Terdapat ramai pengusaha yang menawarkan kami merasa sajian/makanan mereka yang kami shoot, tak kurang ada yang memasak sendiri semula sajian istimewa mereka untuk menjamu kami. Ada juga yang mengamalkan professionalism sewaktu bekerja yang berpegang kepada kontrak kerja semata-mata.


Walau apa pun layanan yang kami terima, kami bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap pelanggan kami. Setiap kerja yang kami lakukan merupakan satu pengalaman unik yang tak ternilai harganya. Sebenarnya, pada kami, dihidangkan dengan sajian atau tidak, tidaklah menjadi isu yang besar kerana untuk setiap kerja, kami telah dibayar. Namun begitu, untuk setiap hidangan yang disajikan, kami amat berbesar hati dan bersyukur. Ada juga masa yang kami terpaksa menolak pelawaan pelanggan kerana kekangan masa atau sebab peribadi yg lain.​​
Teringat kembali zaman kanak-kanak di kampung sewaktu tukang datang ke rumah untuk bertukang. Selain tukang yang sibuk bekerja, emak juga adalah orang yang paling sibuk kerana menyiapkan juadah minum pagi, minum waktu senggang, makan tengah hari, dan minum petang untuk tukang. Begitu lah amalan kita orang Melayu yang juga diamalkan oleh kaum lain di Malaysia yang majmuk ini. Namun begitu, amalan ini tidak lagi diteruskan walaupun masih ada segelintir yang meneruskannya.
Kesimpulannya, kami nak bagitau bahawa, food photographer tidaklah sentiasa dapat makan atau mengharapkan dapat makan selepas shooting. Apapun kita buat, professionalism tu perlu. Kami dibayar untuk create food photos, bukan untuk makan. Kalau nak makan sangat pergi beli sendiri lebih senang. Jika food photographer selalu dianggap asyik dapat makan je lepas shooting, macam mana pula dengan photgrapher fashion dan perkahwinan? Apa mereka dapat lepas shooting?? Sila jawap...hehe