Kenapa Follower Starbucks ramai sangat??

Selamat Hari Raya!
Masih dalam mood Raya lagi kan? Diharap semoga Raya anda tahun ni adalah yang paling meriah setakat ini. Dah lama tak menulis di sini. Saja nak kongsi artikel yang dah lama juga dibaca tapi tak berkesempatan nak buat "entry". Artikel ni dipetik dari laman web unmetric.com yang merupakan sebuah laman web yang menyediakan platform yang kukuh dan dipercayai untuk membantu syarikat-syarikat mengumpul dan menganalisis data media sosial dalam persaingan menyediakan produk yang berdaya saing, khidmat pelanggan yang terbaik dan banyak lagi. Artikel bertajuk 8 Ways Starbucks Creates an Enviable Social Media Strategy (8 Cara Starbucks mencipta strategi (pemasaran) sosial media yang dicemburui; oleh Kavya Ravi bertarikh 28 Mac, 2018.
Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi ikonik dengan
o 37.2 juta Facebook likes padahal, Starbucks cuma post secara purata 3 kali seminggu. Bagaimanakah mereka mendapat sangat banyakk like sebegini? Kerana mereka tahu apa yang pelanggan mereka mahukan. Mereka menggunakan lebih gambar dalam setiap post mereka berbanding dengan pesaing mereka. Berikut adalah statistik yang dikeluarkan:

Kandungan foto mereka kebanyakannya berkaitan dengan produk terkini. Beberapa minuman popular Starbucks adalah bermusim dan pengulangan berkala minuman menghasilkan kegilaan utama di media sosial mereka. Post mereka terang, berwarna-warni dan unik, selaras dengan imej yang jenama tersebut. 84 post foto telah menjana lebih daripada 4.2 juta likes dan 547K share. Selain itu, mereka mempunyai : o 11.9 juta pengikut Twitter o 16 juta peminat Instagram, dan o 153K YouTube subscribers


Disamping gambar-gambar yang menarik, terdapat beberapa lagi strategi Starbucks dalam memasarkan kopi mereka. Antaranya video yang menarik, khidmat pelanggan dan menyertai kempen-kempen tertentu. Namun gambar yang menarik dan penuh informasi merupakan perkara utama dalam melancarkan strategi mereka. Anda boleh baca lebih lanjut sekiranya berminat untuk tahu strategi pemasaran mereka. Sengaja saya tidak ulas keseluruhan artikel kerana khuatir entry kali ini jadi thesis pula. :)
Apapun, strategi pemasaran bergantung kepada kreativiti masing-masing. Namun, tak salah mengambil contoh syarikat-syarikat yang telah berjaya dan ternama. Diharap perkongsian kali ini bermanfaat dan kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan anda.
Cukup dulu entry "warm up" mood kerja dari mood raya. Teruskan tradisi ziarah dan rumah terbuka yang telah lama kita amalkan. Kami pun nak memenuhi jemputan rumah terbuka juga ni.
Wassalam. :)