top of page

5 taktik berkesan utk restoren di musim COVID-19

Langkah-langkah bagi menghidupkan restoren/premis makanan dalam masa yang tak menentu ini dikongsi oleh majalah FSR online.

Selaras dengan usaha bersama untuk memutuskan rantaian COVID-19, restoren dan premis makanan terpaksa menutup pintu mereka bagi sebarang aktiviti “dine-in”. Kebanyakan restoren rangkaian yang besar telahpun mengambil langkah-langkah ini sebelum masa kegawatan lagi. Oleh itu, kami kongsikan saranan yang dari majalah FSR seperti yang kami baca dengan sedikit tambahtolak.


1. Tawarkan menu set


Pelanggan memilih untuk makan di luar kerana ia mudah dan cepat. Penyediaan makanan untuk keluarga mengambil banyak masa dan memenatkan. Sesetengah restoren terutamanya yang mempromosi “healthy food” atau “homecooked meal”, boleh la menawarkan khidmat “take and bake meals” – makanan prapenyediaan yang boleh dipanaskan dirumah agar lebih “fresh”. Sertakan kad yang memberitahu pelanggan cara menyediakan, menghidangkan, memanaskan semula dan menyimpan makanan. Selain itu, jangan lupa untuk meminta pesanan mereka yang seterusnya.


2. Cipta Set Makan untuk Seisi Keluarga

Jika sebelum ini pelanggan boleh memilih makanan secara a la carte atau “personal” untuk keluarga, kali ini, cipta satu set menu yang lengkap bagi setiap keperluan ahli keluarga untuk penghantaran atau pengambilan (take away). Tambahan “appetiser” atau “dessert” juga boleh ditawarkan bagi setiap pesanan. Pihak restoren juga boleh menyediakan dan mempromosikan pesanan awal untuk pelbagai makanan setiap hari. Ini juga sesuai untuk keluarga yang besar.



3. Ambil pesanan secara atas talian atau telefon


Memudahkan pelanggan membuat pesanan adalah amat penting dan terbukti berkesan. Walaupun terdapat pelbagai aplikasi pesanan makanan, pihak restoren yang mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan kakitangan yang menguruskan pesanan adalah perlu kerana ada kemungkinan terdapat kekeliruan dan kesilapan sepanjang proses. Sekiranya terdapat stok minuman berlebihan, ia boleh ditawarkan dengan harga yang berpatutan sebagai pesanan tambahan atau “purchase with purchase”. Atau diskaun cas penghantaran boleh diberi kepada pelanggan yang memesan dengan banyak. Sentuhan tambahan ini membawa sentuhan yang lebih peribadi.


4. Pelbagaikan Pilihan untuk Penghantaran

Pelbagaikan cara pelanggan mendapatkan makanan mereka dengan menawarkan “drive-thru”, Self “pick-up” atau penghantaran. Penghantaran percuma adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan kepekaan harga. Restoran boleh menawarkan khidmat tersebut sendiri atau memanfaatkan pihak ketiga yang sedia ada. Penghantaran tanpa sentuh (contacless delivery) adalah salah satu pilihan yang baik; di mana pelanggan membuat pesanan dan membayar secara atas talian dan restoren menghantar makanan premis mereka. Benarkan pelanggan membuat sedikit arahan dan permintaan bersesuaian situasi mereka seperti “tekan loceng tiga kali” supaya urusan lebih lancar.


5. Sediakan “Curbside Pick-up”

“Curbside pick-up” adalah khidmat mengambil pesanan di tepi jalan atau di ruang parkir yang disediakan bagi pelanggan yang tidak mahu keluar dari kereta mereka atau membayar untuk penghantaran. Pastikan untuk pelanggan dimaklumkan di mana "jalan" itu, dan bagaimana mereka harus menghubungi restoran setelah mereka berada di sana. Disamping memastikan pelanggan menerima makanan mereka dengan cepat, restoran juga mendorong pelanggan mereka untuk datang kembali kerana ia menjadi lebih mudah bila diulang


Pada masa yang tidak menentu ini, restoran perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pengguna agar dapat terus menyokong komuniti mereka dan memastikan pelanggan terus setia sepanjang masa ini dan seterusnya. Restoran harus menyampaikan dengan jelas semua kaedah pesanan yang ditawarkan kepada pelanggan supaya pesanan dapat dibuat melalui semua platform. Dengan mengikuti kaedah-kaedah ini, kami berharap sebanyak mungkin restoran dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan pelanggan mereka dan terus bertahan pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya ini.


sumber : www.fsrmagazine.com

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

Instagram Feed

@ 2016 Azhari Yusof. Proudly created with Wix.com

Email: azhariyusof@hotmail.com

Tel: +6011 5952 3228

© Copyright AzhariYusof Photography
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page