top of page

Layan Selera : Tree Steak House


Setelah beberapa kali kita bercerita perihal makanan dan tips foto, kali ini kita bercerita mengenai tempat makan pula. Tempat pilihan kami kali ini adalah sebuah restoran makanan barat yang terletak di Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras Tengah, Sg Buloh, Selangor. Restoran tersebut diberi nama Tree Steak House. Restoran ini telah dua kali menggunakan khidmat kami untuk merakam gambar-gambar makanan mereka untuk dijadikan menu dan juga untuk tujuan promosi.

Restoran yang berkonsepkan makanan barat seperti steak, spageti, makanan laut, dan burger. Dapurnya diketuai oleh Head Chef Firuz yang berpengalaman bersama krew-krewnya yang cukup berdedikasi dan rajin. Masakan di sini disediakan dalam keadaan yang bersih mengikut resepi asal dengan sentuhan tempatan. Bagi yang tidak gemarkan makanan barat, restoran ini juga menghidangkan masakan tempatan.

Jika anda berkunjung ke restoran ini, jangan terkejut dengan nama hidangannya yang berkonsepkan pokok.Di sini terdapat Cactus Lamb Chop , Bakau Black Russian, Cendana Chicken Chop, Rhu Lamb Shank dan lain-lain . Ia sebagai melengkapkan konsep “Tree” seperti nama restoran ini.

Restoran ini sangat selesa untuk kunjungan keluarga mahupun sebagai lokasi jamuan pejabat atau keraian. Terdapat juga kolam ikan peliharaan dengan pelbagai jenis ikan sebagai tarikan kepada kanak-kanak. Namun begitu, ibu bapa perlulah mengawal anak-anak walaupun keadaannya selesa dan selamat.

Sekiranya anda datang awal untuk menikmati makan malam, anda tidak perlu risau kerana surau yang selesa dan bilik air yang bersih juga disediakan untuk memudahlan pengunjung menunaikan solat dan melegakan diri.

Harga? Anda tidak perlu risau kerana walaupun hidangan disediakan oleh chef berpengalaman dengan bahan-bahan terbaik, harganya amat berpatutan. Selain itu, terdapat banyak “review” dari blogger dan JJCM juga pernah mempromosikan tempat ini. Oleh itu, sekiranya anada kebuntuan untuk menikmati makan malam hari ini, apa kata anda kunjungi Tree Steak House. Kami dah rasa. Anda bila lagi?

Lokasi: Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras Tengah, Sg Buloh, Selangor.

Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad 4.00 pm - 12.am

Cuisine : Asian Fusion, Burgers, Seafood and Steakhouse

Tel/Reservation: 016-3436550 (Sham Shaharir), 016-2690656 (Efiyanti Jaarif)

Article by Cik Seri (seridewi@live.com)

Photos by AZHARIYUSOF PHOTOGRAPHY

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

Instagram Feed

@ 2016 Azhari Yusof. Proudly created with Wix.com

Email: azhariyusof@hotmail.com

Tel: +6011 5952 3228

© Copyright AzhariYusof Photography
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page