top of page

Tit Bits


​Sekarang ni dah tiba musim peperiksaan. Bermula dengan ujian percubaan sampailah kemuncak peperiksaan nanti, SPM. Begitu juga peperiksaan di IPT-IPT. Pendek kata semua pun sedang bertarung. Sebelum bertarung,perlulah buat persiapan. ye tak? Jadi, semasa mengulangkaji atau dengan kata lainnya, bersiap untuk berjuang, untuk mengekalkan momentum, tenaga perlu sentiasa ada. Kita mendapat khasiat dan tenaga dari makanan. selain makanan utama, titbits adalah satu cara untuk mengekalkan bekalan tenaga. tit bits juga membantu menghilangkan rasa bosan, dan buat kita terus peka.

​Terdapat pelbagai titbits atau makanan ringan di pasaran. Yang manis, yang pedas, yang asli dan yang terubahsuai, pendek kata, pasti ada satu atau dua yang kena dengan citarasa masing-masing. Selain itu, titbits juga dihidang sebagai kudapan menunggu pesanan di kedai-kedai makan atau restoran. Ia juga dihidang di majlis-majlis keramaian sebagai kudapan sampingan.

Sepanjang pengalaman kami mengambil gambar, banyak juga kudapan ringan ini diusahakan di rumah. Walaupun nampak ringkas, proses pembuatannya tidak semudah yang difikirkan. Namun begitu, kita beruntung kerana terdapat pelbagai jenis dan pilihan tersedia di pasaran.

Akhir kalam, kami belanja anda dengan gambar-gambar titbit atau kudapan yang kami pernah shoot.


 
Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

Instagram Feed

@ 2016 Azhari Yusof. Proudly created with Wix.com

Email: azhariyusof@hotmail.com

Tel: +6011 5952 3228

© Copyright AzhariYusof Photography
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page