top of page

SOSEJ: berkhasiat atau tidak?

  • Cik Seri
  • Nov 11, 2017
  • 2 min read

Kali ini kita bercerita mengenai sosej pula. Seingat saya, celik-celik mata je, dah ada dah makanan yang dipanggil sosej ni. Makanan yang ringkas dengan rasa yang unik ini mempunyai peminatnya tersendiri. Dari mana asal sosej, bagaimana ia dihasilkan, serta cadangan hidangannya akan diceritakan seterusnya.


Dalam bahasa pasar, sosej adalah daging berperisa yang disumbat ke dalam satu tiub. Sosej dibuat daging cincang (ada juga yang dikiub) dan diperisa, disumbat ke dalam tiub dan kemudiannya dikeringkan, disalai, atau ditapai atau kombinasi kaedah-kaedah tersebut. Dihidang dalam pelbagai gaya sebagai hidangan utama mahupun hidangan sampingan. Rekod terawal sosej dicatat seawal kurun ke 9 b.c. Ia tercatat dalam teks Odyssey oleh Homer. Ia juga digunakan sebagai bahan dalam buku masakan Apicius bertajuk De re coquinaria pada kurun pertama c.e di Rom.


Pada awalnya, sosej banyak diperbuat dari daging khinzir walaupun pada dasarnya, apa-apa protein pun boleh dijadikan sosej. Ada juga sosej yang diperbuat dari gluten dan protein soya; asalkan ia mempunyai cukup lemak bagi mengekalkan kelembapan sosej. Daging kerbau, ayam, itik, kambing, makanan laut, dan daging lembu semuanya telah digunakan dalam pembuatan sosej sekarang. Di Malaysia, sosej daging dan ayam adalah yang paling popular.


Banyak persoalan dan perdebatan timbul mengenai khasiat sosej. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengklasifikasikan sosej dan bacon sebagai sebahagian daripada kumpulan makanan protein, dan mengesyorkan agar pengambilan sebanyak 6 auns dan 5 auns makanan protein setiap hari bagi lelaki dan wanita. Namun begitu, USDA mengesyorkan bahawa kebanyakan pengambilan makanan protein haruslah dari sumber asal - seperti kacang, lentil, dan ayam. Makanan yang tidak seimbang - dengan kadar lemak tinggi seperti sosej dan bacon boleh dimakan secara sederhana tanpa memusnahkan diet anda. Walaupun sosej agak kurang dari segi nutrien, ia tetap dapat menyumbang sumber nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Walau apa pun, di negara kita, sosej bukanlah hidangan utama dalam menu sehari-hari. Sosej biasanya dihidangkan sebagai snek atau makanan sampingan. Sosej semakin digemari oleh masyarakat kita tanpa mengira latarbelakang dan kaum. Oleh itu, hampir semua restoran makanan segera menghidangkan sosej sebagai "hot dog"ataupun snek. Sosej premium juga boleh dinikmati di restoran makanan barat. Selain itu, sosej premium juga dijual di peti-peti sejuk beku hypermarket. Ia mudah didapati dan boleh dihidangkan dengan pelbagai gaya masakan.

Article by Cik Seri (seridewi@live.com)

Photos by AZHARIYUSOF PHOTOGRAPHY

sumber dan bacaan lanjut :

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

Instagram Feed

@ 2016 Azhari Yusof. Proudly created with Wix.com

Email: azhariyusof@hotmail.com

Tel: +6011 5952 3228

© Copyright AzhariYusof Photography
  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page